Ulser Mulut – Punca, Gejala dan Rawatan

Ulser mulut tidak membahayakan tetapi boleh memberikan ketidakselesaan dan menyebabkan kesakitan apabila hendak makan atau minum.

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Ianya tidak membahayakan tetapi boleh memberikan ketidakselesaan dan menyebabkan kesakitan apabila hendak makan atau minum.

Punca-punca ulser mulut

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh:

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi

Ulcer mulut juga boleh menjadi gejala untuk penyakit-penyakit yang lebih berbahaya seperti berikut:

  • Penyakit celiac (di mana badan bertindakbalas terhadap gluten)
  • Penyakit keradangan saluran pencernaan atau IBD (Inflammatory Bowel Disease)
  • Kencing manis
  • Penyakit Behcet (boleh menyebabkan keradangan seluruh badan)
  • Mana-mana penyakit yang menyebabkan gangguan sistem imuniti badan dan menyebabkan sistem imuniti menyerang badan sendiri termasuk mulut
  • Penyakit HIV/AIDS
Ulser mulut yang biasa berlaku.

Tanda-tanda dan gejala

Tanda-tanda ulser mulut termasuk:

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Herpetiform

Herpetiform merupakan ulser bersaiz sebesar anak jarum, berlaku secara berkumpulan dalam jumlah 10 ke 100 ulser dan biasanya berlaku pada orang dewasa. Ulser jenis ini selalunya akan sembuh dalam satu ke dua minggu.

Bila perlu berjumpa doktor

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser atau pra-kanser.

Rawatan ulser mulut

Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut:

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air

Penggunaan Bonjela

Bonjela merupakan sejenis gel yang boleh disapu pada ulser untuk mengurangkan kesakitan. Bonjela mengandungi keratolitik dan bahan asid salicylic dalam bentuk garam choline salicylate, cetalkonium chloride dan ethanol sebagai bahan aktif.

Walaubagaimanapun Bonjela hanya sesuai digunakan untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja kerana salicylate dalam gel tersebut boleh menyebabkan sindrom Reye yang boleh mengancam nyawa.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.