Tips-tips Mencegah Kanser

Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini.

Penyakit kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit ini. Dengan penemuan baru yang kanser payudara, usus besar dan kilang telur berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan, hanya berserah kepada takdir.

Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika mendapati hampir tujuh daripada setiap sepuluh jenis kanser tidak ditentukan oleh gene langsung, tetapi ditentukan melalui cara hidup kita.

Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan tabiat buruk seperti tidak bersenam.

Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

Berhenti Merokok

Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok adalah penyebab terhadap 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.

!5 kanserv yang disebabkan rokok

Kurangkan Berat Badan

Kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat ialah dengan kanser uterin, kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah oestrogen dalam darah.

Menurut laporan Harvard 1996 Mengenai Pencegahan Kanser, wanita yang telah berumur 35 peratus melebihi berat yang normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, buah dada, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu; lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.

Lakukan Senaman

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga dapat mencegah kanser? Melakukan senaman yang ringan dengan kerap kemungkinan kerana ia membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah buah dada dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.

Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Bahan aktif yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, dicadangkan supaya kita mengambil pelbagai sayuran banyak setiap hari.

Makanan ini dapat mencegah barah kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen.

Serat dalam makanan bijiran dan buah-buahan dan sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang horman dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

Makanan pencegah radang

Pengambilan Teh

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu bahan aktif anti-pengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan sehari, 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.

Kurang Makan Daging

Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging dua kali ganda risikonya menghadapi kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.

Jangan Minum Alkohol

Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus (terutama apabila dia turut merokok), usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.

Jangan Selalu Terdedah Kepada Cahaya Matahari

Diketahui bahawa pancaran cahaya matahari mampu menyebabkan kanser kulit. Dalam iklim yang panas sepanjang tahun di Malaysia, dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti ketika pancaran matahari terlampau terik.

Jika terpaksa, wajib gunakan krim pelindung UV yang boleh dibeli di farmasi.

Beri Susu Badan Kepada Anak

Kajian mendapati ibu yang tidak memberikan susu badan kepada anak berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara. Di samping itu susu ibu merupakan susu terbaik untuk bayi anda berbanding susu yang lain.

Kementerian Kesihatan juga telah menjadikan semua hospital kerajaan sebagai mesra menyusu, jadi kenalah diamalkan semua wanita.

Pengambilan Vaksin

Setakat ini diketahui dua jenis vaksin yang dapat mengelakkan kanser iaitu Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang dapat mencegah kanser pangkal rahim untuk wanita. Selain itu Vaksin Hepatitis juga boleh mencegah kanser hati kerana orang yang mendapat jangkitan hepatitis berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini.

Vaksin HPV telah mula diberikan percuma kepada wanita bujang atau belum berkahwin sejak 2019 manakala vaksin hepatitis adalah vaksin pilihan.

Cara mencegah kanser

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.