Tips Penting Untuk Kesihatan dan Keselamatan Anak

Menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak itu terjamin.

Kanak-kanak merupakan aset paling bernilai dalam kehidupan kita. Apabila seseorang bayi dilahirkan, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak itu terjamin. Ikuti langkah di bawah bagi meningkatkan lagi kesihatan dan keselamatan anak-anak kita.

Immunisasi

  •  Imunisasi melindungi kanak-kanak daripada lapan penyakit berbahaya iaitu hepatitis B, tibi, difteria, batuk kokol, tetanus, polio, campak dan rubella. Kanak-kanak yang diberi imunisasi lebih berkemungkinan dijangkiti penyakit, mati atau hilang upaya.
  • Imunisasi perlu disegerakan. Semua imunisasi primer perlu dilengkapkan sebelum kanak-kanak mencapai umur setahun. Setiap lawatan ke klinik kesihatan atau hospital mesti dimanfaatkan untuk mendapatkan imunisasi.
  • Pemberian imunisasi kepada kanak-kanak yang   tidak sihat adalah selamat. 
  • Setiap wanita yang berumur antara 15 hingga 44 tahun mesti mendapat imunisasi tetanus yang lengkap.
  • Setiap perempuan di antara 7 hingga 44 tahun perlu diberi imunisasi rubella. 

Pertumbuhan kanak-kanak

  • Pertambahan berat badan yang teratur merupakan petunjuk yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur di bawah enam tahun perlu kerap ditimbang bagi mengawasi pertumbuhan mereka.
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk kanak-kanak bagi empat hingga enam bulan selepas dilahirkan.
  • Apabila mencapai umur empat hingga enam bulan bayi memerlukan makanan-makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu.
  • Bayi berumur lebih daripada enam bulan perlu makan makanan lima hingga enam kali sehari. 
  • Semua kanak-kanak memerlukan makanan yang kaya dengan vitamin dan zat galian.
  • Setiap kali selepas sakit, seseorang kanak-kanak memerlukan makanan tambahan bagi mempercepatkan pertumbuhan yang terganggu kerana penyakit.

Perkembangan awal kanak-kanak

  • Kanak-kanak mempelajari mengenai dunia melalui sentuhan, penglihatan, pendengaran, rasa dan menghidu.
  • Bercakap dengan kanak-kanak akan merangsangkan mereka untuk bercakap lebih. 
  • Permainan menggalakkan pembelajaran. 
  • Aktiviti harian perlu dimanfaatkan untuk mendidik kemahiran sosial. 
  • Perhatian konsisten dan sama rata daripada ibu bapa adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 
  • Pengesanan kecacatan di peringkat awal akan dapat menentukan tindakan yang awal juga.

Mengelakkan kemalangan

  • Pastikan rumah dan kawasan sekelilingnya selamat bagi melindungi kanak-kanak daripada terjatuh dan   terluka. 
  • Kanak-kanak mesti dijauhkan daripada dapur panas, air panas dan semua jenis peralatan elektrik. 
  • Bahan-bahan beracun dan semua ubat-ubatan harus dijauhkan daripada dicapai oleh kanak-kanak.
  • Kanak-kanak mesti diajar agar tidak memasukkan sebarang objek kecil ke dalam mulut, telinga dan   hidung. 
  • Kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan bersendirian di tempat takungan air untuk mengelakkan daripada lemas. 
  • Kanak-kanak mesti diawasi semasa di jalan raya atau taman permainan.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.