Tips Penjagaan Kulit dan Cara Menghilangkan Jeragat

Kulit berperanan melindungi otot dan organ dalaman manusia dari terdedah kepada faktor luaran seperti cuaca, kuman, dan lain-lain lagi.

Kulit adalah organ terbesar manusia yang memiliki berat sekitar tiga kilogram untuk setiap orang. Kulit berperanan melindungi otot dan organ dalaman manusia dari terdedah kepada faktor luaran seperti cuaca, kuman, dan lain-lain lagi. Selain itu kulit juga mampu mengawal suhu badan dan membuang bahan perkumuhan melalui peluh.

Fakta Mengenai Kulit Anda

  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.

Tips Penjagaan kulit

  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.

Apakah itu jeragat?

  • Merupakan sejenis penyakit kulit.
  • Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • Melasma – tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit yang berpunca dari hormon badan
    • Skin Tag – Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.