Tips Menjaga Bayi Baru Lahir

Anda dinasihatkan untuk membawa bayi anda ke Klinik Desa/ Klinik Kesihatan atau Hospital terdekat jika bayi anda mengalami masalah-masalah berikut.

Jika bayi anda merupakan cahaya mata pertama, tingkah laku bayi anda pada sekitar minggu pertama mungkin menjadi satu misteri kepada anda. Namun, lambat-laun anda akan mula memahami sikap dan tingkah lakunya.

Kebanyakan ibu bapa, terutamanya bapa, berasa gentar untuk memegang bayi yang baru lahir kerana takut bayi akan terlepas dari pegangannya. Jadi, anda haruslah bersikap tenang kerana naluri dan sifat kasih sayang anda terhadap bayi akan menjadi panduan dalam membantu anda mengharungi pengalaman yang baru dan indah ini.

Penyakit merbahaya pada bayi

Jom ketahui penyakit yang kerap berlaku dan amat merbahaya kepada bayi, antaranya adalah:

  1. Jangkitan salur pernafasan
  2. Jangkitan paru-paru (pneumonia)
  3. Sawan yang biasanya disebabkan oleh jangkitan di otak, kesejukan, kekurangan gula dalam darah dan jaundis yang tinggi
  4. Kekurangan gula dalam darah (hypoglysemia)
  5. Kesejukan (hypothermia)
  6. Kuning (jaundis)
  7. Jangkitan kuman dalam darah (septicaemia)
  8. Lain-lain penyakit seperti sakit jantung kongenital dan kecacatan-kecacatan anggota yang lain
Posisi tidur yang betul untuk bayi

Keadaan kecemasan pada bayi

Anda dinasihatkan untuk membawa bayi anda ke Klinik Desa, Klinik Kesihatan atau Hospital terdekat jika bayi anda mengalami masalah-masalah berikut selepas dilahirkan:

  • Tidur terlalu lama hingga sukar digerakkan (lebih dari 2-3 jam)
  • Tidak mahu atau kurang menyusu
  • Sentiasa menangis
  • Kelihatan letih, lesu dan tidak bermaya
  • Demam atau kekuningan
  • Demam, batuk dan selsema
  • Tidak bertindakbalas terhadap persekitaran seperti bunyi bising dan lain-lain
  • Tidak kencing atau berak selepas 24 jam dilahirkan
  • Muntah-muntah atau perut buncit
  • Sukar bernafas atau nafas terialu laju. Pernafasan normal pada bayi adalah seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur kurang dari 2 bulan ialah 60 kali seminit
    • Kanak-kanak berumur 2 bulan hingga 1 tahun ialah 50 kati seminit
    • 1 tahun hingga 5 tahun ialah 40 kali seminit
  • Kebiruan pada bila-bila masa
  • Kelihatan pucat
Bayi kebiruan

Bayi anda mungkin menghidapi salah satu dari penyakit diatas dan beliau memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi seterusnya dan kematian.

Penyakit-penyakit diatas telah di kenal pasti sebagai penyebab kematian utama di kalangan bayi baru lahir di Malaysia.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.