Soalan Lazim Berkenaan Hepatitis B

Penyakit Hepatitis B merupakan salah satu penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease STD) dan boleh berjangkit melalui hubungan seksual.

Penyakit Hepatitis B merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Hepatitis B dan boleh merosakkan hati penghidapnya. Jom ikuti soalan-soalan yang sering ditanya berkenaan penyakit ini.

Apakah penyakit Hepatitis B?

Hepatitis B merupakan penyakit keradangan hati akibat serangan oleh virus Hepatitis B.

Kenapakah Hepatitis B merbahaya?

Penyakit Hepatitis B merupakan salah satu penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease STD) dan boleh berjangkit melalui hubungan seksual. Penyakit ini juga boleh menyebabkan kerosakan hati yang serius jika tidak dirawat.

Siapakah pembawa Hepatitis B?

Pembawa bermaksud mereka yang mempunyai virus ini di dalam tubuh badan tetapi tidak aktif. Walaupun begitu mereka masih boleh menyebarkan virus Hepatitis B kepada orang lain.

Bagaimana Hepatitis B merebak?

Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara:

  1. Virus ini dapat masuk kedalam badan melalui salur darah contoh jika pesakit menerima darah tercemar melalui perkongsian jarum atau pemindahan darah.
  2. Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.
  3. Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandung kerana virus ini boleh melalui dinding uri.

Apakah tanda-tanda jangkitan Hepatitis B?

Antara tanda-tanda atau simptom awal kepada mangsa adalah seperti mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, dan kelemahan badan.

Satu atau dua minggu selepas itu boleh menyebabkan mangsa kelihatan kekuningan (jaundis), kencing gelap, najis keputihan dan hati membengkak.

Apakah jenis ujian pengesanan Hepatitis B yang boleh dilakukan?

Ujian darah untuk mengesan antibodi seperti ujian HBsAg, HBeAg, dan HBsAb. Antara ujian-ujian lain pula seperti ujian fungsi hati, ujian najis dan urin dan lain-lain yang perlu.

Apakah rawatan untuk Hepatitis B?

Rawatan bergantung kepada keterukan penyakit. Antara pilihannya seperti steroid (contohnya prednisolone), Azathioprine dan juga Interferon.

Apakah langkah pencegahan untuk Hepatitis B?

Secara pasif:

  1. Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat (perkongsian jarum)
  2. Melakukan hubungan seks dengan memakai kondom
  3. Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
  4. Beri ubat kepada anak dalam kandungan ibu yang menghidap Hepatitis B

Secara aktif:

Melalui Vaksinasi yang boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta dengan harga yang murah sahaja. Perlu diberikan sebanyak 3 kali suntikan dan dapatkan booster selepas 5 tahun. Ianya selamat secara umumnya.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.