Senarai Zat Mineral – Fungsi, Sumber dan Kesan Kekurangannya

Zat mineral adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat.

Zat mineral adalah elemen penting yang diperlukan oleh kita dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat. Berikut disenaraikan zat mineral yang diperlukan oleh badan:

Biotin

Fungsi

Biotin membantu dalam pertumbuhan sel; dalam pengeluaran asid lemak; dalam metabolisma karbohidrat, lemak, dan protin ; dan dalam penggunaan vitamin B-complex yang lain.  Kuantiti yang mencukupi adalah diperlukan untuk rambut dan kulit yang sihat.

Biotin juga memelihara agar kilang peluh,  tisu saraf, dan sum-sum tulang sentiasa sihat. Selain daripada itu , ia menolong melegakan kesakitan otot. 

Sumber

Biotin diperolehi daripada ragi yang ditapai, telor putih yang dimasak, daging, susu, ternakan ayam dan itik, ikan air masin, kacang soya, dan biji-bijian.

Kesan kekurangan

Kekurangan Biotin boleh menyebabkan :

  • Keletihan dan lemah badan
  • Kurang selera makan
  • Rambut gugur
  • Bengkak lidah
  • Ruam kulit (eczema)
  • Gangguan emosi

Asid Folik

Fungsi

Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat.

Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan “anxiety”.

Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  “embryonic” dan ” fetal” , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  

Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Sumber

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Kesan kekurangan

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

  • Sakit disekeliling mulut
  • Sakit lidah
  • Pembesaran yang lembab pada kanak-kanak
  • Anemia

Kalsium

Fungsi

Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis.

Sumber

Kebanyakkan kalsium berasaskan makanan datang daripada bahan tenusu. Anggapan bahawa kalsium daripada tenusu tidak diserap sebenarnya tidak disokong oleh kajian saintifik.  Lain-lain sumber kalsium yang baik termasuk sardin, ikan salmon yang ditinkan, sayuran berdaun hijau, dan tofu.

Kesan kekurangan

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan :

  • Kejang otot pada muka , tangan dan kaki
  • Tekanan darah dan rentak denyutan jantung tidak teratur
  • Penyakit rickets pada kanak-kanak dan osteomalacia pada orang dewasa

Iodin

Fungsi

Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.

Badan kita biasanya mengandungi  20 – 30mgs iodin. Lebih kurang  60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.

Sumber

Iodine terjadi dalam jumlah yang berbeza yang terdapat dalam makanan dan air minuman. Makanan laut seperti udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik. 

Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah. 

Kesan kekurangan

Kekurangan iodin boleh menyebabkan :

  • Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kelenjar tiroid
  • IQ rendah
  • Hypothyroidism
  • Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak

Potassium

Fungsi

Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.

Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. 

Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.

Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.

Sumber

Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai,  prun, peach, pear, dan avocado.

Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato. 

Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan.

Kesan kekurangan

Kekurangan potassium boleh menyebabkan :

  • Keletihan, lemah badan
  • Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal
  • Kulit kering, tekanan darah rendah
  • Sembab, terdapat protein dalam air kencing, dan kejang otot

Zat Besi

Fungsi

Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga  50 mgs per kilogram berat badan.

Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin. 

Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan. 

Sumber

Sumber terbaik zat besi berasaska makanan ialah hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan.

Kesan kekurangan

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :

  • Keletihan, lemah badan
  • Berdebar, sakit dada
  • Kesukaran bernafas
  • Anemia

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.