Risiko Kesihatan Semasa Mengandung

Ketika hamil, terdapat dua nyawa yang perlu dibawa oleh ibu. Oleh sebab itu, ibu-ibu akan terdedah kepada banyak risiko kesihatan.

Kehamilan merupakan proses pertumbuhan janin di dalam rahim ibu. Pada masa ini, terdapat dua nyawa yang perlu dibawa oleh ibu sepanjang tempoh mengandung. Oleh sebab itu, ibu-ibu akan terdedah kepada banyak risiko kesihatan.

Jika ibu seorang perokok atau suka minum minuman keras, mohon hentikan sahaja tabiat ini kerana ia boleh merosakkan janin yang dikandung.

Ibu yang menghidap kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, asma, buah pinggang dan penyakit yang lain digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sepanjang tempoh kehamilan. Bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit, pastikan anda sudah mendapat imunisasi rubella dan tetanus toxoid.

Pemakanan juga penting diberi perhatian, kerana pemakanan yang sihat akan menjamin kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.

Antara risiko yang terpaksa dihadapi sepanjang tempoh kehamilan adalah: 

  1. Keguguran
    Risiko keguguran lebih tinggi di awal kehamilan, dari bulan pertama hingga ke awal minggu ke-28 yang berikutnya. Peratus berlaku keguguran waktu ini ialah 15%.
  2. Anemia
    Bakal ibu yang mengalami anemia atau kurang sel darah merah sebelum hamil dinasihatkan mengambil zat ferum secukupnya. Persediaan ini penting untuk menghadapi proses kelahiran kelak. Bagi ibu yang mengalami anemia pada akhir kehamilan, mereka mungkin akan menghadapi sesak nafas.
  3. Pre-eklampsia
    Tekanan darah tinggi iaitu pada paras 140-90 kerana kandungan protein dalam air kencing berlebihan. Kaki akan bengkak dan berat badan berlebihan. Jika tekanan terus menerus dikhuatiri bakal ibu akan mendapat sawan.
  4. Kencing manis
    Jika mengidap kencing manis semasa hamil, pastikan anda mengamalkan diet yang sihat dalm pemakanan.
  5. Pendarahan dari faraj
    Sekiranya berlaku pendarahan segeralah dapatkan rawatan doktor terutama pada 28 minggu pertama. Doktor akan memastikan keadaan plasenta anda. sama kedudukannya normal atau sebaliknya.
  6. Serviks lemah
    Apabila serviks lemah, keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa.

Rasa tidak selesa

Selain daripada perkara-perkara di atas bakal ibu juga mungkin mengalami keadaan yang tidak selesa. Jangan bimbang, ini hanya disebabkan oleh perubahan fizikal atau mengalami tekanan lebih dari biasa.

Bagaimanapun segala rasa tidak selesa yang berlaku perlu diberitahu kepada doktor. Antara rasa tidak selesa yang biasa berlaku ialah:

  • Rasa loya, pening kepala dan muntah
  • Pendarahan gusi
  • Kerap buang air kecil
  • Sukar tidur
  • Pedih ulu hati dan lain-lain

Tanda-tanda kecemasan

  • Sakit kepala yang serius dan berterusan
  • Pandangan kabur
  • Sakit perut yang serius dan berterusan
  • Pendarahan di faraj
  • Kebocoran cecair dari faraj mungkin adalah tanda ketuban pecah awal
  • Kerap buang air kecil dan menyakitkan

Berjumpa dengan doktor dalam masa 24 jam jika mengalami:

  • Tangan, muka dan buku lali bengkak
  • Muntah yang teruk dan kerap
  • Suhu badan melebihi 38 darjah celsius
  • Bayi tidak bergerak atau membuat tendangan kurang dari 10 kali dalam masa 12 jam selepas 28 minggu tempoh kehamilan

Tips Mengatasi Rasa Tidak Selesa

  1. Sesak nafas
    Jika berlaku tiba-tiba ketika menaiki tangga, cuba merengkok dan pegang susur tangga.
  2. Kekejangan
    Tarik kaki ke arah badan dan urut anak betis dengan kuat.
  3. Pedih ulu hati dan tidak dapat tidur
    Susun bantal berlapis, bersandar dan rehatkan diri anda.
  4. Muntah
    Redakan loya dengan makan biskut halia, minum air halia atau mineral dan roti bakar atau buah-buahan.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.