Punca Hingus Pada Kanak-kanak dan Cara Mengatasinya

Hidung yang berhingus boleh tersumbat akan menyusahkan pernafasan bayi dan seterusnya menganggu penyusuan bayi.

Hingus berpunca daripada jangkitan virus terhadap hidung kanak-kanak. Bayi yang berhingus tidak berupaya menghembuskan dan mengeluarkan hingusnya. Seterusnya hingus itu akan menyumbat hidungnya.  

Hidung yang berhingus boleh tersumbat akan menyusahkan pernafasan bayi dan seterusnya menganggu penyusuan bayi. Masalah alahan atau alergi juga boleh membuat anak sentiasa berhingus.

Tanda-tanda

  • Hidung berhingus
  • Hidung tersumbat, susah menyusu
  • Pemafasan berbunyi – selalunya ketika tidur

Tindakan ibu bapa

Untuk menolong bayi mengeluarkan hingusnya:  

  • Gunakan tisu atau putik kapas dengan memasukkannya ke dalam hidung bayi untuk mengeringkan hingusnya. 
  • Penyedut hidung (nasal sucker) boleh dibeli dan digunakan apabila hidung bayi tersumbat dengan hingus. 
  • Ubat paracetamol (seperti Panadol atau Calpol) tidak perlu diberi kerana tidak membantu mengurangkan hingus, hanya perlu ketika demam.
  • Hingus bukannya sesuatu yang membahayakan dan ibu bapa harus bersabar kerana masalah ini selatunya sembuh dalam masa 3-4 hari.

Rujukan kepada doktor perlu apabila

  • Bayi demam
  • Kurang menyusu
  • Sesak nafas yang ketara
  • Kurang aktif atau gelisah
  • Ibu khuatir

Rawatan

Jika masalah berterusan, ubat titisan hidung seperti titsan air (normal saline) akan diberi oleh doktor. Ubat antihistamine tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.