Penyakit Zika – Punca, Tanda dan Rawatan

Virus zika boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya untuk wanita hamil kerana Ianya boleh menyebabkan kecacatan kepada janin yang dikandung.

Penyakit Zika merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus zika dan disebarkan oleh nyamuk Aedes. Penyebaran juga boleh berlaku dari ibu ke anak ketika mengandung, melalui hubungan seksual atau gigitan haiwan yang dijangkiti.

Penyakit ini boleh menyebabkan sejenis ruam iaitu gabungan ruam makule dan papule yang dikenali sebagai ruam makulopapular dan tidak gatal. Ruam ini sama seperti yang berlaku pada pesakit denggi.

Kebanyakan jangkitan hanya menyebabkan gejala ringan dan kadangkala tiada gejala. Antara gejala yang boleh berlaku adalah:

  • Ruam makulopapular.
  • Demam.
  • Sakit kepala.
  • Keletihan.
  • Mata merah atau konjunktivitis.
  • Sakit sendi.

Gejala selalunya akan hilang dalam masa dua minggu atau kurang.

Virus ini dinamakan Zika dari nama kawasan hutan di Uganda di mana ianya mula ditemui pada tahun 1947. Ianya kemudian merebak ke Amerika pada tahun 2015 dan menyebabkan ribuan kes di Brazil yang menyebabkan komplikasi serius kepada wanita mengandung.

Ruam makulopapular yang disebabkan zika.

Tanda-tanda dan gejala

Kebanyakan pesakit zika tidak mempunyai sebarang gejala atau ruam. Ruam boleh berlaku setelah 3 ke 12 hari gigitan nyamuk pembawa. Ruam tersebut boleh berlaku di kawasan muka, tangan, kaki, tapak kaki dan tapak tangan.

Pesakit denggi dan chikungunya juga boleh mempunyai ruam yang sama. Kesemua virus penyakit-penyakit ini adalah dari kumpulan flavivirus. Namun tidak seperti penyakit yang lain, ruam pada pesakit zika lebih menyebabkan kegatalan.

Ruam seperti ini juga boleh terjadi disebabkan alahan ubat, alergi, jangkitan bakteria dan keradangan sistemik. Kebanyakan mereka yang mendapatkan rawatan adalah setelah mengalami ruam.

Virus zika

Virus zika disebarkan oleh nyamuk Aedes. Virus ini akan memasuki salur limfa seterusnya ke saluran darah. Sistem imuniti badan akan bertindakbalas dan menyebabkan berlakunya ruam.

Pengesanan zika

Doktor akan bertanyakan mengenai sejarah perjalanan anda atau pasangan anda yang terkini di mana mungkin anda telah memasuki kawasan endemik zika. Anda juga akan ditanya jika pernah mendapat gigitan nyamuk.

Doktor akan bertanya dengan lebih lanjut mengenai berapa lama gejala yang timbul dan jika terdapat gejala yang lain.

Doktor juga mungkin akan melakukan ujian darah, urin dan air liur untuk membantu mengesahkan penyakit zika.

Rawatan zika

Tiada rawatan khusus untuk penyakit zika atau untuk ruam yang berlaku. Rawatan hanyalah berbentuk sokongan seperti:

  • Rehat.
  • Pengambilan air secukupnya.
  • Ubat demam seperti acetaminophen.

Ruam selalunya akan hilang selepas 1 ke 4 hari ianya bermula.

Komplikasi zika

Virus zika boleh menyebabkan komplikasi serius terutamanya kepada wanita hamil. Ianya boleh menyebabkan kecacatan kepala dan otak (mikrocephaly) dan kecacatan-kecacatan yang lain kepada anak dalam kandungan.

Terdapat juga kes keradangan meninges, meningoencephalitis dan juga sindrom Guillain-Barr√© yan dikaitkan dengan virus zika.

Wanita hamil yang menghidap zika disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lengkap bayi dalam kandungan jika terdapat sebarang kecacatan melalui pemeriksaan ultrasound dan juga ujian air ketuban.

Kesan zika

Ketika ini masih tiada vaksin untuk virus zika. Gejala zika adalah sangat lemah dan kebanyakan orang tiada gejala. Jika ruam terjadi biasanya akan hilang dalam masa kurang dua minggu.

Untuk mengelakkan jangkitan virus zika, lindungi diri anda dari gigitan nyamuk jika melawat ke kawasan endemmik penyakit zika. Wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengunjungi kawasan yang endemik kepada penyakit zika.

Jika seseorang wanita perlu pergi ke kawasan endemik zika, elakkan dari mengandung atau boleh mengambil perancang keluarga terlebih dahulu. Virus zika boleh masuk ke dalam air kencing dan juga air mani seseorang. Jadi lelaki juga perlu memakai perlindungan ketika melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya selama enam bulan jika pernah pergi ke kawasan yang endemik zika.

Tips pencegahan

Melindungi diri dari gigitan nyamuk merupakan cara pencegahan utama dari dijangkiti virus zika.

Di kawasan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit zika, populasi nyamuk perlu dikawal dan dikurangkan. Jangan biarkan air bertakung yang dapat menyebabkan nyamuk membiak.

Jika anda ingin pergi ke kawasan endemik zika, sila:

  • Pakai pakaian yang boleh melindungi dari gigitan nyamuk seperti baju lengan panjang dan seluar panjang.
  • Gunakan penghalau nyamuk.
  • Tidur di bawah kelambu dengan tingkap tertutup.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.