Penyakit Bell’s Palsy – Tanda dan Punca

Bell's Palsy dipercayai berlaku akibat pembengkakan dan keradangan saraf yang mengawal otot pada sebelah muka dan dikaitkan dengan jangkitan virus.

Simptom utama penyakit Bell’s Palsy adalah kelemahan pada otot muka. Simptom ini hanyalah sementara dan akan pulih dalam beberapa minggu. Kelemahan ini menyebabkan sebelah muka kelihatan herot. Senyuman hanyalah pada sebelah muka, dan sebelah mata lagi tidak boleh ditutup.

Penyakit Bell’s Palsy juga dikenali sebagai palsy saraf periferi akut tidak diketahui puncanya dan boleh berlaku pada semua peringkat umur. Dipercayai ianya berlaku akibat pembengkakan dan keradangan saraf yang mengawal otot pada sebelah muka. Bell’s Palsy juga boleh berlaku setelah jangkitan virus.

Pada kebanyakan orang, Bell’s Palsy adalah sementara dan akan pulih dalam beberapa minggu dan pemulihan sepenuhnya dalam 6 bulan. Jarang kali Bell’s Palsy kekal seumur hidup atau datang semula.

Tanda dan simptom Bell’s Palsy

Tanda dan simptom Bell’s palsy termasuklah:

  • Kelemahan otot yang separa atau sepenuhnya pada sebelah muka – berlaku dalam beberapa jam atau hari
  • Susah melakukan ekspresi muka seperti senyum atau menutup mata
  • Air liur meleleh
  • Sakit di sekeliling rahang atau belakang telinga di sebelah yang terlibat
  • Sensitiviti terhadap bunyi meningkat di sebelah yang terlibat
  • Sakit kepala
  • Hilang deria rasa
  • Penghasilan air liur berkurang atau bertambah

Terdapat kes yang jarang di mana melibatkan kedua-dua belah muka.

Bell’s palsy sebelum dan selepas

Bilakah perlu berjumpa doktor

Sila berjumpa doktor dengan segera jika terdapat kelemahan otot pada mana-mana bahagian badan termasuk muka kerana anda mungkin mengalami strok. Bell’s palsy bukanlah disebabkan strok tetapi simptomnya hampir sama.

Doktor akan mencari punca kelemahan otot muka ini dan melihat keterukannya sebelum dirawat.

Punca Bell’s palsy

Walaupun punca Bell’s palsy masih tidak diketahui, selalunya ia dikaitkan dengan jangkitan virus. Virus yang dikaitkan dengan Bell’s palsy termasuk:

Saraf yang mengawal otot muka perlu melepasi satu saluran pada tengkorak muka untuk tiba di otot tersebut. Dalam kes Bell’s palsy, saraf ini menjadi bengkak dan keradangan – selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus. Selain otot muka, saraf tersebut juga mengawal pengeluaran air mata, air liur, deria rasa dan tulang kecil di dalam telinga.

Faktor Risiko

Bell’s palsy lebih banyak terjadi pada:

  • Orang mengandung, terutamanya pasa trimester ketiga, atau minggu pertama selepas beranak
  • Mengalami jangkitan saluran pernafasan seperti selsema dan batuk
  • Menghidap kencing manis

Serangan berulang untuk Bell’s palsy adalah jarang. Tetapi ada kes yang melibatkan sejarah keluarga mempunyai Bell’s palsy berulang – mungkin kerana faktor genetik yang mudah terdedah kepada Bell’s palsy.

Komplikasi Bell’s Palsy

Bell’s palsy yang ringan selalunya hilang dalam masa sebulan sahaja. Pemulihan kes yang teruk seperti otot lemah sepenuhnya adalah berbeza-beza. Komplikasi selalunya melibatkan:

  • Kerosakan kekal kepada saraf muka
  • Pertumbuhan saraf yang tidak normal yang mungkin menyebabkan kekejangan otot muka atau pergerakan otot muka luar kawalan. Contohnya apabila anda ingin senyum mata tiba-tiba tertutup sendiri.
  • Hilang penglihatan separa atau sepenuhnya kerana kekeringan dan kegatalan akibat mata yang tidak boleh ditutup.

Bacaan selanjutnya:

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.