Organ Dalam Sistem Endokrin dan Fungsinya

Sistem endokrin terdiri daripada beberapa organ yang berhubung melalui hormon bagi membantu badan menjalankan fungsi-fungsi yang spesifik.

Sistem endokrin merupakan jaringan perhubungan diantara kelenjar dan organ dalaman badan yang kompleks. Ianya menggunakan hormon bagi mengawal dan menyelia proses metabolisma badan, paras tenaga, pembiakan, pertumbuhan dan perkembangan serta tindakbalas badan terhadap kecederaan, tekanan dan juga mood.

Artikel ini akan menerangkan organ-organ penting yang terlibat dalam sistem endokrin beserta fungsi hormon yang dihasulkan organ-organ tersebut.

Lokasi organ-organ dalam sistem endokrin

Organ dalam sistem endokrin

Hypothalamus: Hypothalamus terletak pada pangkal otak, berdekatan kiasm optik di mana saraf optik dari setiap mata akan melintang dan bertemu. Hypothalamus menghasilkan hormon yang merangsang atau menekan perembesan hormon dari kelenjar pituitari, di samping mengawal keseimbangan air, tidur, suhu badan, selera makan dan tekanan darah.

Badan pineal: Badan pineal terletak di bawah korpus kallosum, di kawasan tengah otak. Ianya menghasilkan hormon melatonin, yang membantu badan mengetahui masa untuk tidur.

Kelenjar Pituitari: Kelenjar pituitari terletak di bahagian bawah otak. Saiznya sebesar kacang pea dan berfungsi untuk mengawal kelenjar-kelenjar endokrin yang lain.

Kelenjar tiroid dan paratiroid: Kelenjar tiroid dan paratiroid terletak pada bahagian hadapan leher, di bawah larynks (peti suara). Kelenjar tiroid memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisma badan. Kelenjar paratiroid pula berperanan dalam mengawal keseimbangan kalsium dalam badan.

Thymus: Thymus terletak pada bahagian dada sebelah atas dan menghasilkan sel darah putih yang melawan jangkitan serta memusnahkan sel tidak normal.

Kelenjar adrenal: Kelenjar adrenal terletak pada bahagian atas setiap buah pinggang. Seperti kelenjar yang lain, kelenjar adrenal bekerjasama dengan hypothalamus dan kelenjar pituitari. Kelenjar adrenal menghasilkan dan merembeskan hormon kortikosteroid dan epinefrin yang mengawal tekanan darah dan juga metabolisma badan.

Pankreas: Pankreas terletak pada bahagian belakang abdomen, di sebalik perut. Pankreas memainkan peranan dalam pencernaan dan juga penghasilan hormon. Antara hormon yang dirembeskan pankreas termasuklah insulin dan glukagon, yang berfungsi untuk mengawal tahap gula dalam darah.

Ovari: Ovari merupakan organ pada wanita yang terletak pada kedua-dua belah bahagian rahim, di bawah bukaan tiub fallopian (tiub yang menghubungkan rahim dan juga ovari). Selain mengandungi sel telur untuk pembiakan, ianya juga menghasilkan hormon estrogen dan progesteron.

Testis: Testis merupakan organ yang terletak dalam kantung yang tergantung pada bahagian luar badan lelaki. Testis menghasilkan sperma dan hormon testosteron.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.