Masalah Haid Yang Banyak (Menorrhagia)

Pendarahan haid yang banyak ini boleh menyebabkan masalah kurang darah merah (anemia) sehingga ada yang terpaksa menerima pemindahan darah.

Haid yang banyak dikenali sebagai menorrhagia. Menorrhagia boleh terjadi apabila terlalu banyak haid dalam masa yang singkat seperti perlu menukar 4-5 pad sehari, ataupun jika pendarahan berlanjutan untuk tempoh yang lama.

Pendarahan haid yang banyak ini boleh menyebabkan masalah kurang darah merah (anemia) sehingga ada yang terpaksa menerima pemindahan darah. Setiap wanita yang mengalami masalah ini perlu berjumpa doktor segera bagi memastikan puncanya.

Apakah soalan yang akan ditanya oleh doktor?

Doktor akan bertanya lebih lanjut mengenai kitar haid:

  1. Berapa jumlah pad yang digunakan
  2. Adakah terdapat darah beku sekali dengan haid
  3. Adakah pernah mengalami masalah begini dan memerlukan rawatan dihospital
  4. Selama mana haid yang banyak itu berlanjutan
  5. Adakah ia terjadi secara berkitar atau tidak
  6. Tanda-tanda anemia seperti pucat, penat, sesak nafas, jantung berdebar.

Pemeriksaan melibatkan:

  1. Melihat tanda-tanda kurang darah
  2. Pemeriksaan abdomen
  3. Skan ultrasound untuk melihat rahim
  4. Ujian darah mungkin akan diambil

Apakah keadaan-keadaan yang dikaitkan dengan haid yang banyak?

  1. Pendarahan rahim dysfunctional
  2. Ketumbuhan rahim
  3. Fibroid pada rahim
  4. Endometriosis (tisu rahim terletak diluar rahim)
  5. Penyakit radang pelvik (PID)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD)
  7. Barah pada salur peranakan

Apakah penyebab menorrhagia yang biasa?

  1. Jika berumur kurang 18 tahun : kemungkinan faktor hormon tidak normal
  2. Antara 19-40 tahun :  Telur wanita tidak cukup
  3. > 45 tahun : kilang telur kurang berfungsi

Apakah rawatan yang akan diberikan?

Wanita akan diperiksa dengan teliti. Jika ada kekurangan darah merah (anemia), ini akan dibetulkan. Darah merah boleh dibetulkan dengan pemindahan darah jika terlampau rendah, jika tidak teruk hanya diberikan zat besi.

Namun begitu, punca pendarahan mestilah dipastikan dan rawatan lanjut akan diberi berdasarkan punca tersebut. Secara umumnya, beberapa pilihan rawatan yang ada termasuklah:

  1. Rawatan konservatif dengan hormon
  2. Rawatan konservatif bukan hormon 
  3. Pembedahan seperti D&C atau Hysterectomy (Pembuangan rahim)

*dilation & curettage (D&C) merupakan prosedur di mana alat akan dimasukkan melalui faraj bagi melihat struktur dalaman peranakan wanita. Bagi wanita umur lebih daripada 18 tahun D&C diagnostik akan dilakukan manakala bagi gadis bawah 18 tahun D&C tidak dilakukan.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.