Kumpulan Ubat Mengembangkan Salur Darah (Vasodilator)

Kumpulan vasodilator adalah berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi namun kesan sampingan yang berlaku mengehadkan penggunaannya.

Kumpulan vasodilator adalah berkesan dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Namun begitu kesan sampingan yang berlaku akibat penggunaan agen dari kumpulan ini menghadkan penggunaannya.

Cara kumpulan ubat ini berfungsi

Kumpulan vasodilator berkesan melalui tindakannya yang menyebabkan vasodilatasi (pembesaran salur darah) arteriol dan seterusnya mengurangkan rintangan pada pengaliran darah. Ini akan memberikan kesan penurunan pada tekanan darah.

Pengembangan salur darah mengurangkan rintangan

Antara ubat dalam kumpulan ini

  • Hidralazin
  • Minoxidil

Cara Pengambilan

Secara umumnya, dinasihatkan anda ambil ubat ini dengan makanan atau selepas makan untuk mengurangkan kesan gangguan ketidakselesaan perut. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat :

Nama GenerikCara Pengambilan
MinoxidilBersama atau tanpa makanan
BosentanBersama atau tanpa makanan
AmbrisentanBersama atau tanpa makanan

Penyimpanan

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Kesan sampingan

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku ialah:

  • Takikardia (peningkatan denyutan jantung)
  • Sakit kepala
  • Pengumpulan air dan garam sodium
  • Peningkatan kandungan gula dalam darah
  • Gangguan perut
  • Ruam
  • Demam
  • Sakit tulang dan otot
  • Flushing (kemerahan pada muka)
  • Hidung tersumbat
Nama GenerikKesan sampingan spesifik
MinoxidilPengumpulan garam dan air, penambahan berat badan, periferal oedema (pembengkakan pada tangan atau kaki akibat pengumpulan air), takikardia (kadar degupan jantung meningkat / jantung bekerja dengan kadar degupan melebihi 60 kali per minit), ketidakselesaan perut, ruam
BosentanSakit kepala, muka merah, oedema (pembengkakan akibat pengumpulan air), hipotensi, berdebar, letih, gatal
AmbrisentanSakit kepala, peripheral oedema, pengumpulan cecair, berdebar, sakit perut, sembelit, muka merah

Sila hubungi doktor atau ahli farmasi anda jika berlaku kesan seperti di atas.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.