Kumpulan Ubat Darah Tinggi Yang Bertindak Secara Pusat

Kumpulan Ubat Darah Tinggi Yang Bertindak Secara Pusat (central acting antihypertensives) adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah.

Kumpulan Ubat Darah Tinggi Yang Bertindak Secara Pusat (central acting antihypertensives) adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah. ia telah digunakan selama bertahun-tahun untuk rawatan tekanan darah tinggi.

Kumpulan ini telah dibuktikan selamat untuk penggunaan semasa mengandung dan juga kepada pesakit asma dan kegagalan jantung. Kumpulan ubat ini biasanya digunakan untuk rawatan darah tinggi pada perempuan mengandung.

Cara ubat ini berfungsi

Mekanisme tindakan kumpulan ini adalah dengan merangsang alfa adrenoseptor di otak, yang akan mengaktifkan neuron penghalang.

Ini akan mengurangkan aliran keluar impuls simpatetik pada sistem saraf pusat dan seterusnya mengurangkan rintangan salur darah periferi, kadar denyutan jantung dan seterusnya menurunkan tekanan darah. 

Tindakan ubat

Senarai Ubat

Ubat di dalam kumpulan ini:

  • Clonidine
  • Metyldopa
  • Moxonidine

Cara Pengambilan

Secara umumnya, dinasihatkan anda ambil ubat ini selepas makan untuk mengurangkan ketidakselesaan perut. Sila rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan yang lebih tepat.

Nama GenetikCara Pengambilan
MethyldopaBersama atau tanpa makanan.

Cara Penyimpanan Ubat

Dinasihatkan ubat-ubatan disimpan di dalam sampul ubat asal dengan label arahan pengambilan / cara makan yang jelas. Simpan pada suhu bilik. Rujuk maklumat pembungkusan untuk arahan suhu penyimpanan.

Kesan sampingan yang mungkin dialami ialah:

  • Pening
  • Sakit kepala
  • Mengantuk
  • Lemah badan
  • Ruam
  • Mulut kering
  • Loya 
  • Muntah
  • Sembelit
Nama GenetikKesan Sampingan Spesifik
MethyldopaTidak sedar, sakit kepala, lemah, rasa mual, ortostatik hipotensi (penurunan tekanan darah yang mengejut dan berlaku dengan cepat ketika berdiri), ketidakselesaan perut, masalah ejakulasi

Sila hubungi doktor atau ahli farmasi anda jika berlaku kesan seperti di atas.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.