Kesan Dadah Psikoaktif Ke Atas Fungsi Otak

Dadah psikoaktif boleh menyerupai atau mengubah proses di mana sel saraf menghantar, menerima dan memproses maklumat.

Dadah psikoaktif merupakan bahan kimia yang akan mengganggu sistem komunikasi otak dan ianya boleh menyerupai atau mengubah proses di mana sel saraf menghantar, menerima dan memproses maklumat.

Sesetengah dadah psikoaktif seperti ganja dan heroin boleh mengaktifkan neuron kerana struktur kimianya yang menyerupai neurotransmitter. Struktur yang serupa ini akan menipu reseptor dan membolehkan substans tersebut mengisi tapak reseptor seterusnya mengaktifkan sel saraf.

Pada masa yang sama neurotransmitter yang sebenar akan dihalang daripada berkomunikasi dengan neuron tersebut.

Walaupun struktur dadah ini sama dengan neurotransmitter, ianya tidak mengaktifkan sel saraf sama seperti yang dilakukan oleh neurotransmitter semulajadi, dan akan menyebabkan penghantaran isyarat yang tidak normal melalui jaringan neuron.

Dadah psikoaktif yang lain seperti amfetamin dan kokain boleh menyebabkan sel saraf untuk merembeskan sejumlah besar neurotransmitter semulajadi atau mengurangkan reuptake neurotransmitter ini. Kejadian ini akan menyebabkan isyarat menjadi berganda dan menyebabkan gangguan kepada komunikasi diantara jaringan neuron.

dadah psikoaktif
Proses neurotransmitter berhubung dengan reseptor

Sebagai contoh – Kokain (menghalang proses reuptake yang normal):

  • Dopamin yang dirembeskan daripada neuron penghantar selalunya akan mengisi tapak reseptor neuron penerima dalam keadaan normal.
  • Tetapi kokain akan melekat pada pengangkut, dan pengangkut ini tidak dapat menjalankan fungsinya untuk mengembalikan semula dopamin kepada sel penghantar.
  • Dopamine ini akan kekal di ruang sinaps dan terus mengisi tapak reseptor.
  • Ini menyebabkan komunikasi antara neuron tidak berhenti kerana dopamin tidak kembali kepada sel penghantar.
  • Kesemua reseptor sel penerima akan diisi secara berterusan dan menyebabkan kesan buruk dadah kokain.

Contoh lain – Heroin (menyerupai neurotransmiter):

  • Cara heroin bertindak berbeza daripada kokain. Heroin akan menyerupai struktur neurotransmitter.
  • Endorfin dan enkephalin merupakan neurotransmitter semulajadi yang bertanggungjawab untuk menghasilkan perasaan seronok dan mengurangkan kesakitan.
  • Kedua-dua neurotransmitter ini seperti biasa akan mengisi tapak reseptor pada neuron penerima iaitu pada reseptor opiat.
  • Heroin atau opioid lain yang menyerupai struktur neurotransmitter tersebut juga akan dapat mengisi reseptor opiat ini dan mengambil alih fungsi neurotransmitter semulajadi.
  • Walaubagaimanapun heroin akan memberikan kesan yang lebih kuat berbanding neurotransmitter semulajadi dan tiada isyarat semulajadi yang dapat menghentikan isyarat yang disebabkan oleh heroin ini.
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.