Kelebihan dan Khasiat Air Kelapa

Buah kelapa telah digunakan secara turun temurun dalam kehidupan harian kerana air dan isi kelapa telah terbukti mengandungi pelbagai jenis khasiat.

Pokok kelapa dikatakan pokok yang mempunyai banyak kegunaan kerana hampir setiap bahagian tumbuhan ini boleh digunakan dalam kehidupan harian. Barmula dari umbut kelapa yang boleh dimakan, batangnya yang boleh dibuat titi, sabutnya yang boleh digunakan sebagai bahan api dan yang paling penting sekali adalah buah dan airnya yang mempunyai pelbagai khasiat.

Pokok kelapa – pokok seribu guna

Buah kelapa tumbuh di persekitaran tropika dan kebiasaannya boleh dijumpai di persisiran pantai. Air buah ini selalunya dijadikan jus dan ia dijadikan salah satu bahan perubatan tradisional.

Secawan air kelapa mempunyai nutrien penting untuk tubuh badan seperti kalsium yang berperanan menghasilkan tulang yang kuat, magnesium untuk membantu fungsi otot, proses menguatkan tulang, penghasilan tenaga, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar, fosforus untuk membantu proses penapisan bahan buangan daripada buah pinggang dan kawalan tenaga dalam tubuh, dan kalium mengawal paras air dan menjaga sistem saraf dalam tubuh.

Selain itu, air kelapa sarat dengan bahan antioksidan, iaitu sejenis bahan molekul yang penting untuk menghalang kerosakan pada sel dalam tubuh, kebiasaannya disebabkan oleh stres oksidatif.

Apabila anda melakukan senaman atau tubuh anda menukarkan makanan kepada tenaga, radikal bebas akan terhasil dan penghasilan ini seterusnya boleh membawa kepada stres oksidatif yang mengancam dan merosakkan sel-sel dalam tubuh anda. Kemudian daripada kerosakan inilah terhasilnya radang dalam tubuh. Bahkan, bahan radikal bebas boleh menyumbang kepada kanser dan juga menyebabkan penuaan pramatang. 

Selain itu, air kelapa dapat menurunkan paras gula dalam tubuh, dan mencegah pembentukan batu karang. Hal ini kerana air kelapa membantu pembuangan bahan pembentukan batu karang melalui air kencing. 

Tambahan pula, air kelapa bermanfaat dalam memelihara kesihatan jantung kerana ia mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan darah dalam tubuh melalui isi kandungan kalium yang tinggi dalam minuman tersebut. Bahan yang menjadikan air kelapa ini unik adalah isi kandungan elektrolitnya.

Ia merupakan mineral semula jadi yang bermanfaat buat tubuh dalam menstabilkan paras air dalam tubuh, sekali gus menjadi ia minuman yang berkhasiat selepas bersenam. Keadaan ini penting untuk menjamin tubuh badan yang bertenaga, membantu pencernaan, mengurangkan kesakitan sendi, mengurangkan risiko sakit kepala, menjaga berat badan, dan menstabilkan suhu tubuh badan. 

Bahkan, individu yang minum air kelapa menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding individu yang minum air biasa atau minuman tenaga. Kesimpulannya, air kelapa mempunyai pelbagai khasiat dan sesuai diamalkan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.