Hubungan Seks Ketika Hamil

Terdapat banyak pendapat yang tidak benar berkenaan melakukan hubungan seks ketika hamil serta kesannya ke atas ibu dan juga janin.

Seks Semasa Hamil

Sesetengah orang beranggap bahawa seks semasa hamil akan mendatangkan mudarat kepada bayi. Ini adalah salah malah ia masih boleh dilakukan untuk mengeratkan hubungan pasangan suami isteri.

Kebanyakan suami berpendapat wanita yang hamil lebih menarik daripada biasa. Ini sekurang-kurangnya dapat menjadi motivasi kepada isteri yang selalu beranggapan bahawa mereka tidak menarik lagi ketika hamil. 

Oleh kerana perubahan hormon yang berlaku pada wanita hamil, ia akan menyebabkan mereka mencapai tahap kepuasan yang lebih ketika ini. Perubahan hormon juga meningkatkan keinginan seks dan bahagian payudara dan organ seks akan bertambah sensitif lagi.

Peningkatan Kadar Estrogen

Kesannya vagina dan labia akan membengkak dan nafsu mudah terangsang. Payudara yang membesar akan meningkatkan kadar sensitiviti apabila di sentuh. Bagaimanapun air mazi yang keluar lebih banyak dari biasa memudahkan penetrasi dan cepat mencapai klimaks.

Janin Selamat

Di samping dapat melatih otot-otot palvik agar semakin kuat semasa proses kelahiran, anda sebenarnya boleh melakukan aktiviti ini pada bila-bila masa yang anda suka.

Pendapat yang mengatakan bahawa akan berlaku jangkitan pada janin sekiranya melakukan hubungan seks adalah salah. Ini mustahil berlaku kerana janin selamat berada dalam kantung amniotik yang tidak akan bocor dan menjadi kusyen kepada janin daripada sebarang tekanan luar.

Selain itu ada juga menyatakan selaput putih pada bayi selepas lahir adalah air mani. Pendapat ini salah sama sekali, selaput putih ini dipanggil sebagai vernix caseosa dan merupakan pelindung kulit bayi ketika di dalam rahim. Selaput ini juga terus melindungi bayi beberapa hari selepas kelahiran.

Vernix caseosa bukanlah disebabkan oleh air mani

Posisi ikut kesesuaian

Kemungkinan isteri merasa kurang selesa adalah tepat kerana abdomennya yang semakin membesar. Bincanglah dengan pasangan anda cara dan pola posisi yang sesuai untuk anda berdua.

Di antara posisi yang sesuai untuk tiga bulan terakhir ialah wanita di atas, melutut, mengiring atau mungkin juga duduk.

Nasihat Untuk Suami

  1. Fahamilah keadaan isteri anda. Lakukan dengan cara berlembut, romantik dan bersabar.
  2. Jangan paksa isteri sekiranya dia penat atau tidak ada keinginan untuk melakukan hubungan pada waktu itu.
  3. Biasakan diri menjadi penggoda yang baik, selalulah jadi orang pertama jika ingin memulakannya.
  4. Jangan menghempap badan isteri yang sedang sarat. Lakukanlah apa cara sekalipun untuk memastikan isteri anda berada dalam keadaan yang selesa.
  5. Ambil masa dalam melakukan hubungan. Sentiasa berbincang untuk kepuasan dan keselesaan bersama dan jangan pula terlalu berharap agar isteri dapat melayan anda sentiasa.

Eratkan Hubungan

  1. Suami perlu mengubah tabiat seksual apabila telah masuk bulan akhir kehamilan, jadikan ia masa untuk meningkatkan kasih sayang kerana kemampuan fizikal isteri yang kian terhad.
  2. Suami perlu faham kehendak dan keinginan isteri waktu ini. Jika isteri menolak untuk melakukan hubungan ini tidak bermakna dia tidak lagi berminat dengan anda.
  3. Kekalkan kemesraan hubungan kehidupan suami, ingat bukan seks sahaja cara untuk melahirkan rasa kasih sayang

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.