Bagaimana Sel Otak Berhubung dan Berkomunikasi

Neuron menghantar isyarat kepada sel yang lain melalui hujung axon dan menerima isyarat dari sel yang lain melalui tapak reseptor.

Otak merupakan pusat komunikasi utama badan yang terdiri daripada berbilion neuron dan sel saraf. Setiap neuron mengandungi badan sel dan nukleus, ekor yang dipanggil sebagai axon, hujung axon, dan dendrit (bahagian cabang).

Neuron menghantar isyarat kepada sel yang lain melalui hujung axon dan menerima isyarat dari sel yang lain melalui tapak reseptor. Badan sel bertindak mengawal semua aktiviti neuron.

sel otak
Sel saraf di dalam otak

Dendrit (bahagian cabang) merupakan fiber pendek yang dililit oleh tapak reseptor. Tapak reseptor ini akan menerima isyarat dari neuron yang lain dan menyampaikan isyarat itu kepada badan sel.

Axon pula merupakan fiber tunggal yang panjang yang boleh menghantar impuls atau isyarat daripada sel badan kepada dendrit neuron yang lain. Axon dibalut oleh lapisan myelin; yang menjadi penebat kepada axon dan meningkatkan kepantasan isyarat dihantar.

Jaringan neuron ini akan menghantar isyarat pergi dan balik kepada struktur berbeza pada bahagian otak, saraf tunjang (CNS), dan juga sistem saraf periferi. Contoh sistem saraf periferi termasuk kesemua saraf yang terdapat pada tangan, kaki, lengan dan betis; dengan kata lainnya kesemua saraf selain CNS.

Jaringan saraf ini akan mengkordinasi dan mengawal kesemua yang kita rasa, fikirkan dan lakukan.

Setiap sel saraf di dalam otak menghantar dan menerima isyarat dalam bentuk impuls kimia:

  • Bahan kimia ini dikenali sebagai neurotransmitter.
  • Terdapat banyak jenis neurotransmitter di dalam otak.
  • Neuron yang menghantar isyarat akan merembeskan neurotransmitter daripada terminal axonnya ke satu ruang diantara neuron yang dipanggil sebagai synaps atau ruang synaps.
  • Neurotransmitter ini akan mengisi tapak khas pada neuron yang menerima isyarat tersebut yang dipanggil sebagai tapak reseptor.
  • Apabila neuron penerima mendapat dan memproses isyarat tersebut, ianya pula akan menjadi penghantar isyarat kepada neuron yang lain.

Neurotransmitter dan tapak reseptor bertindak seperti mangga dan kunci. Setiap reseptor hanya akan memproses isyarat apabila neurotransmitter yang tepat mengisinya.

Neurotransmitter dan reseptor

Apabila dopamin dirembeskan dari sel penghantar, ianya akan melalui ruang synaps dan mengisi tapak reseptor yang betul, pengangkut pada sel penghantar akan membawa balik dopamin tersebut ke sel asal. Ianya dipanggil sebagai pengambilan semula atau reuptake.

Proses reuptake ini akan menghentikan isyarat diantara neuron apabila isyarat itu selesai dihantar.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.