Tips Memilih Makanan Yang Bersih dan Selamat

Adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat.

Selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, sektor industri pemakanan khususnya premis-premis makanan turut berkembang. Disebalik pertumbuhan yang sihat didapati ramai pengusaha premis makanan yang tidak mengamalkan cara-cara pengendalian makanan yang bersih.

Dari sudut pengguna pula, mereka tidak mementingkan aspek ini disebabkan kesibukan mereka dalam menjalankan tugas harian. Adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pengendalian makanan yang bersih dan selamat sama ada dikalangan pengusaha premis mahupun pengguna. 

Penyediaan makanan yang tidak bersih dan selamat akan menjejaskan kesihatan pengguna serta boleh menyebabkan penyakit merebak seperti taun, tifoid dan lain-lain lagi.

Kebersihan dan Keselamatan Makanan

Masyarakat digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlu bagi menjamin tahap atau mutu makanan yang diambil adalah bersih dan selamat. Masyarakat disarankan untuk mengamalkan amalan seperti berikut:

Pemilihan Makanan

  • Pilihlah makanan yang selamat.
  • Pilihlah bahan makanan mentah yang segar.
  • Pilihlah makanan yang telah diproses untuk keselamatan.
  • Makanan yang telah dimasak dengan sempurna. 
  • Pilihlah makanan yang baru dimasak.
  • Pilihlah makanan yang disimpan dengan cara yang betul, bersih dan selamat. 
  • Pilih premis makanan yang bersih.
  • Makanan yang selamat diperolehi dari premis makanan yang bersih.
  • Pilih premis makanan yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan pengendalian makanan yang sempurna.

Penyediaan Makanan

  • Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih. 
  • Sedia dan kendalikan makanan dengan cara yang betul untuk menghasilkan makanan yang selamat.
  • Basuh bahan mentah dengan sempurna di kawasan yang bersih.
  • Elakkan pencemaran silang semasa mengendalikan makanan.
  • Gunakan peralatan yang bersih semasa. menyediakan dan mengendalikan makanan.
  • Amalkan tabiat kebersihan diri yang baik semasa mengendalikan makanan.
  • Masak makanan dengan sempurna. 
  • Hidang makanan sebaik sahaja dimasak.
  • Pastikan bahan makanan diedarkan dengan kenderaan yang bersih.

Penyimpanan Makanan

  • Amalkan kaedah penyimpanan makanan yang betul.
  • Simpan makanan mentah berasingan dengan makanan yang telah dimasak. 
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan pada. suhu bilik lebih dari 4 jam.
  • Simpan makanan sejuk atau makanan dingin pada suhu dan ruang yang betul dalam peti sejuk sebaik sahaja makanan tersebut dibeli.
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak atau lebihan makanan dalam peti sejuk melebihi 5 hari.
  • Simpan makanan kering di dalam bekas yang kedap udara dan simpan di tempat yang kering, sejuk dan mempunyai pengaliran udara yang baik serta bebas daripada serangga
Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
Laman web ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan am sahaja dan tidak membuat sebarang nasihat perubatan individu. Jika anda mempunyai apa-apa simptom sila berjumpa doktor dengan kadar segera.